Friday, 16 January 2015

Tugasan Harian Pengawas Pusat Sumber Sekolah

*Menguruskan urusan di kaunter peminjaman/pemulangan buku

  • Menguruskan peminjaman buku
  • Menguruskan pemulangan buku
*Menyusun buku-buku di rak
  • Memastikan kedudukan buku yang berada di rak betul mengikut nombor perpuluhan dewey
*Menyapu lantai

*Menyusun kerusi/meja

*Mengawal selia pelajar-pelajar yang berkunjung ke pusat sumber sekolah

Galeri Jamuan Akhir Tahun 2013 Pengawas PSS

Bertempat : Gambang Water Park resort.














Peraturan PSS

Peraturan Penggunaan Perpustakaan

Disiplin
  1. Pelajar diminta senyap apabila memasuki perpustakaan.
  2. Pelajar mesti beratur semasa meminjam atau memulangkan buku.
  3. Pelajar tidak dibenarkan makan, minum atau tidur di dalam perpustakaan.
  4. Pelajar tidak dibenarkan membuka tutup suis dan mengubah kedudukan kerusi atau meja di dalam perpustakaan tanpa kebenaran guru PSS.
  5. Pelajar dikehendaki duduk di tempat-tempat yang disediakan dan tidak dibenarkan berhimpun di rak-rak, pintu dan kaunter.
  6. Pelajar dikehendaki memasukkan kembali kerusi ke bawah meja dengan kemas selepas digunakan.
  7. Pelajar tidak boleh mengadakan mesyuarat atau perjumpaan di dalam perpustakaan tanpa kebenaran.
  8. Pelajar tidak dibenarkan masuk ke perpustakaan semasa sesi pembelajaran tanpa diiringi guru.
  9. Pelajar dikehendaki meletakkan beg mereka di luar perpustakaan di tempat yang disediakan.
Bahan-bahan perpustakaan
  1. Pelajar mesti menggantikan kos buku-buku yang dihilangkan, diconteng atau dirosokkan.
  2. Akhbar atau majalah hendaklah dikembalikan meletakkan beg mereka di luar perpustakaan di tempat yang disediakan.
  3. Buku-buku yang selesai digunakan hendaklah diletakkan di tempat disediakan.
Pakaian
  1. Pakaian mestilah kemas dan lengkap sewaktu berada dalam perpustakaan.
  2. Jaket, baju panas dan lain-lain pakaian selain pakaian sekolah adalah tidak dibenarkan dipakai atau dibawa masuk ke perpustakaan.
Peringatan
Tindakan boleh di ambil ke atas pelajar-pelajar yang melanggar peraturan perpustakaan.

Objektif PSS

Menyediakan sumber-sumber bagi 
kemudahan guru dan pelajar.

Mengumpul, menyimpan dan mengedar
pelbagai jenis maklumat.

Membina program media untuk
pengajaran dan pembelajaran.

Menyediakan tempat untuk guru
merancang dan menghasilkan sumber 
pengajaran dan pembelajaran.

Matlamat Pusat Sumber

Meningkatkan mutu pendidikan di sekolah.

Membentuk golongan pelajar yang berilmu, kreatif 
dan berdisiplin untuk membantu sahsiah pelajar supaya dapat
memainkan peranan yang positif.

Mendedahkan pelajar dengan pengetahuan 
teknologi maklumat menerusi komputer.

Moto Pusat Sumber

Pusat Sumber Ibnu Khaldun
mewarisi kegemilangan ilmuan islam.

Visi Pusat Sumber

Mewujudkan warga sekolah yang berilmu 
dengan sahsiah yang seimbang berfikiran kreatif dan inovatif
melalui sikap suka membaca dan meneroka sumber informasi.